TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, April 9, 2012

PERTAMA BENGKOK, KEDUA MACAM BELALAI

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk, kedua pantai;
Kalau mencari pemimpin menjadi,
Pertama elok, kedua pandai.
Warga Felda mendaftar menjadi ahli PERKASA. Makin perkasalah penyokong kerajaan.
Itu pantun hikmat yang dibekalkan oleh Sdr Ruslan Kasim kepada para penduduk Felda Bukit Besar pada malam kelmarin dan penduduk Felda Bukit Ramun pada malam semalam.

Ruslan Kasim yang berceramah untuk dua malam berturut-turut itu sebagai memenuhi sebahagian dari program pemimpin Bersama Rakyat DUN Pasir Raja dan juga Majlis Penerangan Penyenaraian FGVH.

Kedua-dua majlis tersebut menyaksikan Datuk Dr Adham Baba meminta para peneroka Felda menyokong segala usaha kerajaan untuk memajukan lagi taraf hidup mereka. Mereka yang membantah, adalah mereka yang mempunyai agenda tersembunyi yang tidak mahu melihat Melayu berjaya melalui usaha-usaha perniagaan.

Begitu juga dengan Tuan Hj Hazman Ismail, Ketua Pegawai Seranta Wilayah Johor Bahru yang menerangkan kepada para peneroka tentang kebaikan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh mereka selepas penyenaraian nanti yang menerangkan kepada peneroka dengan menggunakan slaid agar memudahkan warga peneroka memahami. Jelas selepas penerangan, warga peneroka lebih faham dengan usaha kerajaan untuk memajukan mereka dan masuklah ke akal mereka bahawa pihak pembangkang memang tak mahu melihat mereka khususnya Melayu menikmati hidup yang lebih baik dengan pendapatan yang lebih tinggi.

Kemuncak kedua-dua program tersebut ialah ceramah Ruslan Kasim yang menceritakan pengalamannya selaku bekas orang kanan Nuar Berahim. Beliau juga menelanjangkan tembelang puak pembangkang yang sememangnya mahu melihat berlakunya permusuhan dan kemusnahan terhadap Melayu dan Islam. Jemputan yang hadir kekal menunggu hingga habis program!!! Maknanya seronoklah mereka mendengarnya.

Selain itu, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kerjasama yang baik antara ADUN, Unit Seranta Felda dan kepimpinan dalaman Felda. Selain itu, hasil pengamatan aku, dalam kawasan Felda di DUN Pasir Raja ini, ADUNnya, Dr Adham Baba mengenali hampir setiap individu dalam DUNnya dan begitu juga dengan para pegawai Seranta.

Maka berbalik kepada pantun di atas tadi;
Pertama elok, kedua pandai...sapa lagi, kalau bukan DS Najib dan teamnya. Nak harapkan Nuar Berahim? Maka hujung pantunnya akan jadi....pertama bengkok, kedua macam belalai!...ha...ha...ha...

Jom tengok gambo;
He...he...he...camna ada sorang sesat kat meja ini.
VVIP datang cepat sangat, orang kampung lum sampai
Seranta, ADUN, pemimpin kampung. Gandingan mantop!
Inilah dikatakan, pertama telok kedua pantai, pertama elok, kedua pandai. 
Kerumun apa tu, pink form dah keluar ke?
Ketua Seranta Wilayah Johor Bahru (depan, paling kiri), senyum puas hati.
Sepatutnya Mazlan Aliman datang dan dengar!
Khusyuk
Orang lama, tetap dihormati, bekas Senator, Tn Hj Majid Abdullah

1 comment:

Anonymous said...

tahniah bro. program yg mcm ni yg kita mauu. kalau semua org buat mcm ni, anwar tak leh carik makan klentong org kg....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI