TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, June 4, 2012

800 UNIT!...PENEROKA MINTAK LEBIH

Ramai peneroka Felda merasakan bahawa 800 unit saham FGVH yang diberikan kepada mereka sebagai sedikit. Dengan nilai RM4.55 sesaham, bermakna setiap peneroka hanya memiliki saham bernilai RM3,640 sahaja.

Cukuplah tu. Nanti kalau bagi banyak-banyak, nak kena hutang banyak. Bila hutang banyak nanti, Mazlan Aliman akan kata peneroka akan bankrup. Kalau hutang setakat RM3,640 aje, tentu tak ada masalah buat peneroka.

Selain itu para peneroka juga kena ingat, mereka bukan sahaja menerima 800 unit saham tersebut. Mereka juga telah diimbuhkan dengan durian runtuh berjumlah RM15,000 bagi setiap keluarga. Selain itu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh DS Najib, terdapat 20% lagi dari saham FGVH yang dijadikan tabungan untuk warga peneroka. Sekiranya ini dinilai, ianya sangatlah besar jumlahnya!

Ini sebenarnya adalah wawasan pemimpin yang mahu menjaga kepentingan warga peneroka. Kalau diberi banyak, nanti ramai yang menjualnya tetapi kalau tabungan, tunggulah hasilnya pada setiap tahun dan ianya berterusan.

Selain itu, mana-mana peneroka yang kurang berpuashati dengan jumlah saham yang diberikan, boleh le marahkan Mazlan Aliman dan ANAKnya. Ini kerana sekiranya KPF tidak diganggu oleh ANAK dan KPF menyertai FGVH, berdasarkan nilai semasa KPF, tentu lebih besar lagi habuan yang akan diterima oleh para peneroka.

Akhirnya, dengan nilai saham yang sebegitu, mungkin selepas ini Mazlan dah tak ada modal lagi untuk menakut-nakutkan peneroka dengan perkataan bankrup. Tapi apakah modalnya selepas ini ya? ...mungkin Mazlan dan ANAK akan mintak Pok Nik keluarkan fatwa pulak untuk mengatakan saham tu haram!!!


2 comments:

Anonymous said...

ayahanda DS Najib bangunkan Felda..takkan la DS Najib nak jatuhkan..malah akan di tingkatkan lagi pendapatan peneroka menjelang 2020..pakatan tahu menyalak ja..keja haram tak buat..

Anonymous said...

agak2 lah, 800 tu pun dah ok confirm dapat, kami yg tak ada kena mengena dengan felda belum tentu lagi nak dapat 100 unit pun.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI