Ishhh si Tanggang ni, ada ke patut kes rasuah nak suruh rakyat jadi hakim? Kes rasuah, kalau betul ada, kena le dihakimi di mahkamah. Pasal apa pulak ko nak suruh rakyat jadi hakim? Ada ke katanya, "Kami akan serahkan pada rakyat untuk membuat penghakiman dalam PRU akan datang."
Bukan kata macam tak percaya dengan apa si Tanggang ni cakap, sebab dengan dia ni aku dah tak ada perkataan macam tak percaya, yang ada cuma perkataan tak percaya aje.
Apa tidaknya, andainya ditakdirkan nanti pada PRU akan datang rakyat menolaknya melalui undi, korang ingat dia akan terima ke keputusan tu? Pelbagai helah akan keluar. Maka ketika itu dituduhnya pulak proses pilihanraya tak bersih la, UMNO main kotor la, pengundi hantu la, pengundi dirasuah dan entah apa-apa lagi. Silap-silap dek tak dapat menerima kekalahan kerana rakyat menolaknya, maka akan dihasut mana yang masih terpedaya dengan lakonannya untuk berguling kat atas jalanraya.
Jadi kalau bab si Tanggang ni, tak payahlah nak serah kat rakyat untuk jadi hakim, serah aje kat mahkamah. Hakim kat Malaysia ni bijak lagi arif dalam bab salah ke tidak seseorang tu dalam kes-kes rasuah ni.
1 comment:
Cakap YB Jamban ni hanya boleh dipercayai ketika sedang beraiskrim je....
Post a Comment