Sewaktu ingin pergi berceramah bersama Ustaz Kamal Saidin di Pekan Serkat, Tanjung Piai, Johor iaitu kampung halaman Din Pudu, bakal MB Johor dari puak Pakatan, risau juga dalam hati. Takut juga nanti hanya pokok kelapa aje yang terpacak menunggu. Maklumlah, dengar kabarnya Din Pudu bukan main gah sokongan orang terhadapnya sebab bakal MB!
Menurut orang kampung, pada malam semalam tu, Din ada di kampungnya dan malam sebelumnya dia ada membuat ceramah berhampiran bandar Pontian dengan kehadiran hampir 200 orang. Cehhh, kalau Din 200 orang, Ustaz Kamal ni ada ke 50 orang nanti yang mendengarnya?
Ternyata semua sangkaan meleset. Semasa dalam perjalanan ke Pekan Serkat, kami ditahan di perkarangan masjid Permas. Rupanya kami diarak oleh rombongan pemuda bermotorsikal yang jumlahnya melebihi 50 buah. Meriah sepanjang jalan antara Pekan Permas dan Pekan Serkat! Din Pudu pun orang tak arak!!!
Sampai di tapak ceramah, di Pekan Serkat, kehadiran dijangka menghampiri 1000 orang. Oleh kerana kawasan yang kecil, maka hadirin melimpah ke tepi-tepi jalan dan Pekan Serkat pada malam semalam begitu ceria dan hidup hingga awal pagi. Ustaz Kamal yang teruja dengan kehadiran orang ramai, terlajak ceramahnya hingga hampir pukul 12.30 tengah malam. Bestnya, hadirin juga tak berganjak!
Dalam ceramahnya Ustaz Kamal mengupas tajuk "Benarkah PAS itu Islam dan UMNO tolak Islam". He...he...he...rupanya anggota PAS pada hari ini bijak menyebut Islampun atas hasil perjuangan dan jasa UMNO. Anggota PAS dapat beramal dengan sempurnapun atas inisiatif UMNO. Apa taknya, UMNO yang berjuang menurut kehendak Islam, buat sekolah semenjak merdeka, orang PAS tumpang tui. Orang UMNO buat masjid, orang PAS tumpang sembahyang, orang UMNO buat jalan, orang PAS tumpang lalu, orang UMNO jaga keamanan, orang PAS tumpang buat kekecohan, orang UMNO buat Putrajaya, orang PAS tumpang nak lelong....eh...ehhh....salah, tumpang nak rebut!!! Apa yang orang lain dapat tumpang dengan PAS? Cuma satu aje....orang PAS pecahkan perpaduan Islam dan Melayu, DAP tumpang seronok dan tepuk tangan. Fikir-fikirkan le....
Ehehh...sebelum tu nak tanya kat Din, amacam?....berani tak bertanding kat kampung sendiri? Ramai sedara dan kenalan kamu Din malam tadi, tak caya....jom layan gambar kat bawah ni.
No comments:
Post a Comment