Apa hal pulak anak TS Muhyiddin ni dengan UiTM Tenggara? Kisahnya ialah bila membaca berita bahawa TS Muhyiddin mengumumkan bahawa kabinet telah meluluskan Pagoh sebagai Hub Pendidikan Tinggi. Menurut TS Muhyiddin, dalam masa 3 hingga 4 tahun, akan dibina secara berperingkat-peringkat Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.
Maka, bila baca berita ni, terpaksa le aku letak gambar anak TS Muhyiddin. Bukannya apa, mungkin orang Tenggara perlu ada yang jadi menantu TS Muhyiddin agar boleh minta tolong untuk melobi TS Muhyiddin agar melihat kembali projek UiTM Tenggara yang dah dicanang-canang, tapi senyap begitu sahaja.
Tanah untuk projek UiTM Tenggara telahpun dibeli dari Yayasan Johor seluas 600 ekar. Rasanya dah lebih 6 tahun. Dan entah siapa yang mengutip hasil sawitnya dan kebunnya sekarang dah macam mini Taman Negara. Yang diamanahkan hanya tahu mengutip hasil tetapi tidak menjaga kebun dan sawit dengan baik.
Sedikit masa dahulu, orang Tenggara bukan main bangga lagi kononnya akan terdiri sebuah IPT di sana. Namun nampaknya semakin kecewalah. Semakin terpinggirlah nampaknya, kerana khabarnya beberapa tahun yang lepas, ada projek UiTM, kampus cawangan, telahpun dirembat oleh Menteri Pengajian Tinggi untuk dibina di kawasan Parlimennya di Pasir Gudang. Kemudian penduduk Tenggara diberitahu bahawa UiTM tiada duit untuk meneruskan projek di Tenggara, tiba-tiba diberitakan dalam masa 3 ke 4 tahun, nak didirikan pula di Pagoh.
Wahai Pak Menteri, jangan le begitu. Orang Tenggara ni memang le macam kucing, manja dengan Barisan Nasional, tapi kalau asyik kena kencing, kucing boleh jadi harimau lebih-lebih lagi bila kuat angin bertiup mengatakan kerusi DUN Pasir Raja nak disedekahkan kepada MIC.
No comments:
Post a Comment