TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 20, 2012

KALAU KAT MALAYSIA, BOLEH JUGA KASI KAT PAS

Ada sesiapa tak yang kenal pelakon ni? Ini adalah pelakon TV terkenal kat Singapura. Pelakon ni kalau kat Malaysia, boleh juga ditawarkan untuk masuk PAS. Tentu kecil tin MILO, tong drum PAS tadahkan. Maklumlah, PAS sekarang tengah kemaruk nak cari artis yang mahu bertaubat. Nak  tau apa masalah pelakon ni? Sila baca berita yang diambil dari Cyberita ini;

Lynn Nasir mengaku salah curi duit rakan, didenda $2,000
PELAKON televisyen terkenal yang juga penyelia kru kabin sebuah syarikat penerbangan semalam dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri $1,300 daripada beg duit dua rakan kerjanya dalam kejadian berasingan.

Fazlynn Ermelda Nasir yang lebih dikenali sebagai Lynn Nasir (gambar), 39 tahun, dan baru mendirikan rumah tangga kali keempat Mac lalu, mengaku salah atas kedua-dua tuduhan itu dan didenda $2,000.

Menurut kertas pertuduhan, mangsa pertama, seorang pramugari, Cik Liu Jin, 24 tahun, dan Lynn sedang bertugas di pesawat Tiger Airways, TR 2774 yang berlepas dari Singapura ke Jakarta pada 6 April lalu.

Selepas menaiki pesawat sekitar 8.10 pagi, mangsa telah meletakkan beg trolinya di kompartmen dekat dengan beg Lynn.

Semasa dalam penerbangan, Lynn telah mencuri $600 daripada beg duit mangsa sebelum membuang beg duit mangsa ke dalam tong sampah.

Mangsa sedar wangnya hilang sekitar 1 petang. Sekembalinya ke Singapura petang itu, mangsa telah membuat laporan di Pejabat Pas Polis Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Polis yang menjalankan pemeriksaan menemui $600 dalam beg Lynn yang kemudian mengaku mengambilnya.

Pemeriksaan polis mendapati Lynn juga menyembunyikan beg duit mangsa kedua, Cik Salbiah Khalid, 36 tahun, seorang pengurus.

Beg duit itu diambil Lynn di dalam teksi apabila beg itu terjatuh semasa mangsa dan Lynn menaiki teksi pada 14 April 2011.

Selepas mangsa kedua keluar daripada teksi, Lynn telah mengambil $700 daripada beg duit mangsa dan menyimpan beg duit itu.

Lynn telah memulangkan $700 kepada mangsa kedua.

Pelakon yang popular menerusi drama Gelora itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan.

Lynn bernikah dengan seorang bujang berusia 42 tahun Mac lalu.

Tiga bekas suaminya ialah pemuzik dan penggubah lagu, Encik Iskandar Ismail; mantan ketua stesen televisyen Suria, Encik Basir Siswo, dan Encik Zubirahmad Nazir, yang ketika itu merupakan timbalan pengurus bahagian perkhidmatan pelanggan di Lapangan Terbang Changi.


2 comments:

cash loan said...


Hello, Do you need a loan from The most trusted and reliable company
in the world? if yes then contact us now for we offer loan to all
categories of seekers be it companies or for staff usage. We offer
loan at 3% interest rate, Contact us via Whats app +919205646839
mohanmendcompany01@gmail.com

LOAN SEEKERS APPLICATION FORM
******************************
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8) Fax Number:
9) Occupation:
10) Monthly Income:
11) Salary Date:
12) Purpose of loan:
13) Where did you get our loan advertisement:

Anonymous said...

Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID, kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan

Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga

Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja

Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia

Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong

ARTIKEL HANGAT BULAN INI