TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 6, 2012

KOT MENUNG AJE?

Esok sambutan Hari Peneroka. DS Najib dah ada program sempena Hari Peneroka. Sempena Hari Peneroka esok, DS Najib akan merasmikan Menara FELDA di Platinum Park, Kuala Lumpur. Bertambahlah lagi satu mercu tanda kebanggaan warga Felda.

Banyak dah keistimewaan yang warga peneroka dapat semenjak DS Najib jaga Felda ni. Rezekipun melimpah ruah. Esok juga mulanya pembayaran sessi kedua durian runtuh bernilai RM5,000.00. Mana yang ada kamera tu, boleh le pakat-pakat mengintip, sapa-sapa yang menentang penyenaraian FGVH dulu, datang tak ambik durian runtuh tu.

Kesian juga pulak aku tengok si Mazlan Aliman ni, dia tak ada program ke untuk buat sambutan Hari Peneroka? Takkan dia tak mahu raikan peneroka? Takkan termenung aje? Atau Mazlan sendiri nak sambut Hari Broker. Maklum le, dia bab jadi broker antara peneroka dengan lawyer, memang handal.


2 comments:

Anonymous said...

Jgn nanti hak mak dia pun dia bedal

Anonymous said...

terpaksalah tunggu bahagian anak pula, itu pun kalau sabar,kalau tak sabar pujuklah bapak jual saja saham.bukan apa takut harga jatuh,

ARTIKEL HANGAT BULAN INI