TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Tuesday, July 31, 2012

NAK MINTAK SURAT TUNJUK SEBAB LAGI???


Patut le golongan akar umbi UMNO semakin marah dengan UMNO. Kalau kes Lajim Ukim yang dah jelas mempersendakan UMNOpun masih nakkan surat tunjuk sebab sebelum dipecat, apakah menandakan UMNO dah ketandusan sangat dengan ahli dan yang berbakat memimpin?

Hebat sangat ke si Lajim tu? Kalau tengok gambar dia bersama DS Najib tu, berdiripun dah tak tegak lagi, sekali tolak aje dah boleh terlentang ke belakang. Apakah kepimpinan tertinggi UMNO masih tak nampak sebab yang dibuat oleh Lajim hingga perlu surat tunjuk sebab lagi?

Sepatutnya, bukan surat tunjuk sebab yang dipinta, tetapi Lajim sepatutnya telah lama dicantas dari UMNO dengan segala macam perlakuannya sebelum ini. Tak perlu sampai dia meletak jawatan dalam UMNO.

Kepimpinan UMNO kena tegas dalam hal ini. UMNO masih ramai lagi golongan berbakat yang boleh menjadi pemimpin. UMNO sepatutnya kena tunjuk garangnya kepada mana-mana pemimpin atau ahli yang dah "mereng". Bila jelas isyarat yang ditunjukkan ataupun dikhabarkan, patut terus cantas, jangan tunggu-tunggu hingga membawa aib kepada parti. Melambat-lambatkan tindakan terhadap ahli yang bermasalah seolah-olah menunjukkan UMNO dalam keadaan yang tidak kuat dan goyah. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI