TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 26, 2012

AKU YAKIN, HADI AWANG TEMBERANG

Kali ni aku yakin sangat yang Hadi Awang temberang. Kenapa? Ini kerana menurut Hadi Awang (sini) tindakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menggesa PAS meninggalkan Pakatan tidak sedikitpun memberi kesan kepada PAS.

Aku kata temberang sebab kalau betul kenyataan Nasha tu tak memberikan kesan kepada PAS, kenapa pulak masalah Nasha diserahkan kepada Majlis Syura dan nasib Nasha akan ditentukan pada 9 Sep ini? Kalau tak memberikan sebarang kesan, peduli apa dengan apa yang diperkatakan oleh Nasha. Mengapa sampai Majlis Syura yang akan mengambil tindakan. 

Salahkah kalau mengaku bahawa kenyataan Nasha tu tersangatlah menganggu gugat kedudukan PAS sekarang dalam masa-masa yang semakin hampir dengan PRU ini? Atau memang benar PAS tak tergugat dengan kenyataan Nasha itu tetapi ditekan oleh DAP agar mengambil tindakan terhadap Nasha?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI