TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, August 4, 2012

DUIT RAYA 1 MALAYSIA UNTUK WARGA NUSAJAYA???


Pada 6 Ogos ni, DS Najib akan ke Taman Universiti untuk majlis Tadarus dan Khatam Al Quran. Entah pencacai mana le agaknya yag dah tak ada duit nak beraya, telah menyebarkan SMS fitnah, kononnya Duit Raya 1 Malaysia akan diagihkan pada majlis tersebut.

Kononnya setiap keluarga di Nusayajaya akan menerima RM200 yang akan diagihkan oleh ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian. Kesian dengan ADUN Nusajaya, terpaksa membuat penafian terhadap SMS fitnah yang ingin merosakkan namanya itu. Diharapkan agar ADUN Nusajaya akan membuat laporan polis dan memaksa penyebar SMS palsu itu yang mengeluarkan duit raya untuk penduduk Nusajaya.

Diharapkan mana-mana individu yang menerima SMS fitnah tersebut tidak mempercayainya. Tidak wujud Duit Raya 1 Malaysia yang disebut-sebut itu. 


1 comment:

rakab said...

Tengok ler tu,.macam-macam cara orang nak buat fitnah!

Sengaja nak kelirukan orang ramai supaya burukkan nama pemimpin negara dan wakil rakyat kawasan.

macam kerja puak pakatan jer...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI