Aku tak tahu le samada pemimpin PAS yang berjanji ni boleh tunaikan janjinya atau setakat temberang aje.
Katanya demi rakyat, kalau mereka menang, mereka nak turunkan harga minyak. Ada berapa banyak telaga minyak yang PAS ada?
Mereka juga nak bagi 20 meter padu air percuma. Nak tanya juga, ada berapa banyak loji pembersihan air yang PAS ada? Atau setakat bagi 20 meter air sungai macam Kelantan buat, cedok le berapa banyak yang mahu, tapi dari sungai!
Janji nak bagi pendidikan percuma! Juga aku rasa ni temberang besar. Tadika PASTI yang terang-terang dah milik PAS, bayarannya mak datuk, garu kepala mak bapak budak.
Tak payah le berjanji wahai para pemimpin PAS. Kalau baru dengar slogan Janji Ditepati dah menggeletar kepala lutut, ada hati nak janji temberang dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment