TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, August 25, 2012

KHALED TAGIH JANJI GHANI PADA TAHUN 2003


Sesuai dengan tema kemerdekaan ke 55, JANJI DITEPATI, MB Johor, Datuk Abd Ghani Othman telah diingatkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Khalid Nordin tentang janji yang telah dibuatnya ketika Bajet Negeri Johor tahun 2003. Lama dah tu Ghani berjanji. Memang patutpun Khaled tagih. 

2003 hingga 2012 bukannya sekejap. Kalau berjalan selemah gemalai penari zapin sekalipun, rasanya dah beberapa kali tawaf Malaysia.

Janji yang ditagih Khaled ialah berkenaan dengan pemberian hak milik tanah kepada 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang (sini).

Syabas aku ucapkan buat Khaled. Aku harap selepas ini akan ramai lagi YB BN akan menagih janji dari Ghani. Sama-sama kita jadikan ini penggal terakhir buat Ghani demi untuk menyelamatkan BN Johor dari mangsa kebencian pengundi terhadap Ghani.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI