TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, August 30, 2012

PERHATIKAN PASUKAN PERBARISAN DI TEMPAT ANDA


Esok sambutan kemerdekaan negara yang ke 55. Dikebanyakan daerah dan tempat-tempat yang akan mengadakan sambutan, pada hari ini telah sibuk dengan raptai.

Sekali imbas, berkumpul dan berbaris serta berjalan yang kemudiannya tamat di satu lokasi lain seperti tidak membawa apa-apa makna. Tetapi perkumpulan dan perbarisan inilah yang menunjukkan betapa bangganya kita sebagai rakyat dengan kemerdekaan yang ada. Dengan bersama dalam satu sambutan yang besar sebeginilah yang menunjukkan kesatuan kita sebagai rakyat yang bakal mengekalkan kedaulatan kemerdekaan negara kita.

Yang tak terlibat dengan acara, apa salahnya datang turut meramai dan meraikan sambutan kemerdekaan ini? Terlanjur esokpun cuti umum.

Perhatikan setiap pasukan yang melintas di hadapan anda. Aku suruh perhati sebab aku kesal, di Kota Tinggi umpamanya pada tahun yang lepas, pelbagai pasukan, pelbagai NGO, pelbagai jabatan, pelbagai parti politik yang menyertai tetapi kelibat pasukan PAS, DAP dan PKR langsung tak ada. Tahulah aku setakat mana tahap mereka menghargai kemerdekaan negara. Orang sebeginikah yang ingin kita amanahkan Putrajaya untuk mentadbir?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI