TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 26, 2012

UMNO ATAU PAS YANG BERDOLAK DALIK?


Hudud  adalah modal pilihanraya PAS. Jelas, sebab ia hanya hangat bila menjelang PRU sahaja. Bukannya baru, dah lebih 20 tahun dilaungkan.

Tak berjaya laksanakan hudud atau tak mahu laksanakan, wallahuaklam! Jalan paling mudah ialah menyalahkan UMNO, kononnya surat amaran dari kerajaan Tun M masih tidak ditarik balik. Tapi kenapa amaran tentang hudud PAS boleh ikut tetapi amaran tentang lain-lain hal umpamanya BERSIH, PAS sanggup ingkar? ...sanggup baring atas jalan? Kenapa untuk hudud, PAS tak mahu berarak keliling Kuala Lumpur dan berbaring atas jalan serta menadah air semburan ataupun cotar dari FRU?

Siapa sebenarnya yang berdolak dalik??? Mengaku sahaja bahawa hudud PAS hanyalah sebagai umpan memancing untuk PRU! Tapi ingat, kalau di lubuk yang sama dan dah bertahun dengan umpan yang sama, seluangpun tak mahu menjamah.



1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro,kita tentunya memahami sikap PAS.Lain kerja tak ada hanya nak menyalahkan orang lain.Hinggakan Mat Sabun kena tangkap khalwat dengan bini orang pun nak salahkan UMNO.Tak gitu ?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI