Dilaporkan bahawa bekalan diesel di beberapa stesen minyak di sekitar Johor Bahru, Lembah Kelang dan Negeri Sembilan habis. Ini berikutan kuota yang diperuntukkan untuk kegunaan pada bulan September ini telah habis digunakan.
Setelah beberapa lama tidak kedengaran stesen minyak kehabisan diesel, apa yang berlaku kini menunjukkan bahawa negara makmur, rakyat ada duit dan senang berbelanja.
Kalau dulu diesel hanya digunakan oleh kenderaan perdagangan, tetapi kini banyak kereta-kereta mewah, SUV dan MPV yang besar-besar menggunakan diesel. Maka sudah wajarlah penetapan kuota penggunaan diesel dikaji semula.
Ada juga cakap-cakap yang mengatakan diesel habis kerana berlaku pembelian panik menjelang budget dan juga ketirisan. Namun aku rasa itu bukan sebabnya. Sebab utama kekurangan diesel sekarang ini ialah kerana adanya permintaan yang tinggi dari puak pembangkang yang semakin banyak bergerak menggunakan kenderaan-kenderaan berkuasa besar yang menggunakan diesel untuk berkempen ke serata pelusuk negara walaupun sekarang bukannya masa untuk berkempen. Ini semua salah PAS, PKR dan DAP!!! Amacam? Korang setuju tak?
No comments:
Post a Comment