TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, September 9, 2012

MALAYSIA MEMANG MAKMUR!

Semalam dah 21 Syawal, Sabtu yang penuh dengan undangan. Undangan Rumah Terbuka Aidilfitri. Dek banyaknya undangan sehinggakan dalam Syawal ini, posting juga berkurangan. Esok sambung lagi dengan acara kunjung mengunjung.

Inilah buktinya bahawa Malaysia yang diterajui oleh kerajaan BN semakin makmur. Rakyat semakin senang, semakin berduit. Yang buat rumah terbuka sudah tidak terhad kepada pemimpin atau tauke sahaja. Orang biasa, rakyat kebanyakan juga dah berkemampuan.

Mencari jadual untuk mengadakan rumah terbuka juga menjadi semakin sukar sekarang ini. Bimbang bertembung dengan rumah terbuka rakan-rakan yang lain. Begitulah makmur dan mewahnya kita sekarang ini. Kalau begitulah kemakmuran dan kemewahan serta kemampuan yang telah kita miliki, apa kurangnya lagi dengan pemerintah yang ada? Perlukah kita menukar pemerintah yang belum tentu dapat menjamin kita kalaupun tidak mendapat yang lebih baik lagi, mampu mempertahankan apa yang kita miliki pada hari ini?


Seingat aku, ditahun 70an dahulu, pada Hari Raya yang ketiga, kalau masih cuti sekolah, dah kena masuk kebun tolong orang tua menoreh! Terima kasih kepada para pemimpin BN yang diterajui oleh UMNO yang semenjak merdeka tidak putus-putus berusaha mengubah nasib kita.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI