Selamat bersidang diucapkan kepada para perwakilan UMNO Bahagian Tenggara yang akan bermesyuarat pada siang nanti (2 Sep 2012).
Sebentar tadi sempat juga aku menyaksikan Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Dr Adham Baba meninjau-ninjau persiapan yang dilakukan di lokasi iaitu Dewan Serbaguna, Felda Sungai Sayong.
Begitu bersungguh persiapan yang dilakukan. Mesyuarat yang akan bermula jam 9.00 pagi itu akan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir. Selesai mesyuarat, UMNO Bahagian Tenggara juga akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Dewan Serbaguna, Felda Sungai Sayong bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment