TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, October 19, 2012

CIKGU MALA NAK KE TENGGARA?

Rupanya berhajat juga Cikgu Mala untuk datang ke Tenggara. Nak cite ape kat Tenggara nanti ye? Ni tentu si Mazlan Aliman yang ajak dan tentu juga Mazlan Aliman beritahu bahawa pengaruhnya di Tenggara cukup kuat. 

Kalau mengikut kain rentang di simpang Felda Bukit Besar, Cikgu Mala akan hadir pada malam 21 Oktober ni, di Felda Sungai Sayong. Jangan lupa, pakai baju biru, tudung biru tau! Kita tunggu...

Aku harap Cikgu Mala tak akan terkejut nanti. Apapun boleh le standby borang keahlian PAS seumur hidup banyak-banyak untuk orang Tenggara ni. Kalau tak ada yang ambil, nanti sedekahkan kat mana-mana warung kat Felda Sungai Sayong, buat bungkus nasi lemak.

Bagaimanapun, masih ada masa untuk Cikgu Mala untuk menolak jemputan si Mazlan tu. Bukannya apa, aku takut nanti Cikgu Mala terkejut, bukannya terkejut sebab ramainya manusia, tapi takut terkejut dek ramainya bunian yang datang mendengar. Bayangkanlah, kalau si Mazlan yang mengaku gah tu, buat kat depan rumah dia lebih dari 3000 bunian yang hadir. Tak caye, tengok gambar di bawah ni.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI