Kalau difikir memang pening. Tapi DS Najib ni tak tau le samada dia pening atau sedang mencari akal. Aku pening bila membaca dua berita lewat hari semalam. Berita tersebut ialah seperti di bawah ini.
Pening memikirkan, kenapa DS Najib tak mahu komen? Orang Melayu, orang Islam, semuanya nak dengar pendirian DS Najib selaku Presiden UMNO. Malah yang mahu mendengar bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR, Melayu atas pagar, semua nak dengar. Komen DS Najib ini akan memberikan impak yang besar terhadap kecenderungan dan pilihan undi orang Melayu dan Islam dalam PRU 13 nanti.
Dan pening juga dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mahu membentuk Jawatankuasa Khas bagi mengambil tindakan ke atas ahlinya yang mensabotaj dan mengkhianati parti. Pening kerana biasanya ahli yang mensabotaj dan mengkhianati parti berlaku kerana ahli merasa diri mereka telah dikhianati oleh pemimpin parti.
Juga pening memikirkan mengapa Jawatankuasa Khas itu bukannya untuk mengambil tindakan terhadap rakan UMNO yang mensabotaj dan mengkhianati semangat dalam BN? Kebulor sangatkah kita dalam UMNO dengan undi MCA sampai takut untuk bersuara?
Sudah sampai masanya para pemimpin UMNO perlu sedar bahawa orang Melayu dan Islam samada yang dalam UMNO, yang menyeberang ke PAS dan PKR, yang atas pagar masih sayangkan UMNO. Tapi UMNO dan pemimpinnya perlu berani untuk menunjukkan kuatnya Melayu dan Islam mereka!
1 comment:
Dulu, kini dan selamanya - yg menghina dan menjatuhkan org Melayu ialah org Melayu sendiri, termasuk pemimpin Melayu.
Post a Comment