TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara yang terkenal dengan muka bengisnya dan tegas, tiba-tiba pada hari ini menarik semula samannya ke atas Anwar Ibrahim. Kenapa ya?
Kalau mengikut apa yang dinyatakan, saman tersebut dibuat keatas Nuar atas alasan bahawa dakwaan Nuar bahawa Musa dan Abdul Gani telah mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadap Nuar oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai itu tidak berasas dan tidak benar dan telah mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya.
TS Musa juga dalam samannya menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah namun tidak dinyatakan secara tepat jumlahnya.
Nuar pula dengan cepat mengatakan bahawa tindakan menarik balik saman ini telah mengesahkan pertuduhannya tidak dijawab serta ada konspirasi untuk mereka berhubung kes mata lebam dan dakwaan liwat yang pertama.
Menurut TS Musa, tindakan menarik semula saman tersebut dibuat selepas kedua-dua pihak berbincang. Apakah dalam perbincangan tersebut TS Musa menerima hakikat bahawa tindakan Nuar itu adalah benar dan telah tidak mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya?
Atau apakah TS Musa telah mencapai persetujuan dengan sejumlah gantirugi ke atas maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya dan juga kapasiti profesionalnya yang sepatutnya diperolehi dari Nuar?
Sebenarnya ramai yang berharap agar kes ini akan membuka jalan untuk suatu penilaian samada pihak PDRM yang betul atau Nuar yang betul. Tiba-tiba ianya tergantung semula!
No comments:
Post a Comment