TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, October 14, 2012

PUDIN MENGAKU BERILMU DAN BIJAKSANA

Timbalan menteri UMNO yang selalu mengeluarkan kenyataan 'songsang' yang kerap merisaukan ahli-ahli UMNO mengaku dia adalah orang berilmu dan bijaksana. Ketika menafikan dakwaan yang dia menyokong Soros dan Suaram, Pudin berkata;
"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan."

Memang sahlah Pudin, kamu memang berilmu dan bijak. Berilmu dan bijak bermain dengan kata-kata. Mungkin disebalik satu hurufpun kamu boleh berdiri untuk menjadi popular. Tapi ingat, jangan pula kamu beranggapan ahli-ahli UMNO yang lain buta, pekak dan tuli, tidak berilmu dan bijaksana sebagaimana kamu!

Orang berilmu dan bijaksana tahu di mana dia berpijak, di mana dia berkokok. Orang berilmu dan bijaksana, kenal mana kawan, mana lawan.


1 comment:

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

betul kata Datuk Saifuddin Abdullah, orang UMNO/BN tak payah nak hentam Soros sangat tentang perihal pembangkang dengan Soros yang akhirnya terkena kat muka Najib sendiri. tak pasal-pasal memalukan UMNO/BN. Anwar bertemu Soros dan Najib juga bertemu Soros, keduanya jumpa Soros. dan isu Soros ni cuma momokkan ciptaan UMNO/BN untuk takutkan rakyat konon negara kalau PR perintah ada campur tangan luar, kononnya. nampaknya yang cipta cerita tak kaji jalan cerita. terkantoi sendiri. dan mungkin tak faham erti demokrasi itu sendiri. maaf kata, saya setuju kata-kata Datuk Saifuddin Abdullah berbanding tulisan hentaman para pemblog yg main taram menulis. sekian.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI