TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, October 23, 2012

SEMUA NI, NIK AJIS PUNYA PASAL

Mulanya aku agak marah juga dengan Karpal Singh, Soi Lek dan beberapa lagi bukan Islam yang sibuk bercakap pasal hudud hingga ke tahap menghinakan.

Namun apabila aku menungkan semula, tak sepatutnya aku nak marah. Dulu, bukan kata Hindu, bukan kata Budhha dan bukan kata Sikh, orang Islam sendiri ramai yang tak pernah menyebut tentang hudud.

Hudud jadi diperleceh dan dihina bukan kerana orang bukan Islam, tetapi kerana Nik Ajis! Nik Ajis yang berpolitik dengan menjual hudud. Malangnya walaupun dah 22 tahun menguasai Kelantan, hudud masih tak bertapak walaupun pernah menguasai sepenuhnya DUN Kelantan. 

Kalaulah benar Nik Ajis dan PAS ingin menjadikan menggunakan hukum hudud itu satu realiti, 22 tahun bukan tempoh masa yang singkat. Kalau dalam masa 22 tahun itu PAS berceramah dan menerangkan hudud dan bukannya memaki hamun, rasanya majoriti rakyat Malaysia dah faham dengan hudud tu.

Nik Ajis wajib menerangkan dengan sejelas-jelasnya dan menghilangkan kekeliruan tentang hudud yang dicanangnya hingga kerana perhitungan politiknya yang menjual agama telah menyebabkan kesucian Islam itu dipersenda.


2 comments:

wasim46 said...

Memang ugama diperlekeh kerana adanya manusia yg seperti nik ajis ni bodoh,pembelit,merapu,sombong dan gila kuasa.dia mesti bertanggungjawab.

Anonymous said...

gagalnya hudud di msia disumbangkan oleh keceluparan org tua kutuk ni laaa....

kalau dia ikhlas 20thn dulu msia dah ada hudud...

yem

ARTIKEL HANGAT BULAN INI