TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, October 18, 2012

YOOO....GHANI OTHMAN GEMBIRA

Mungkin hari ni, MB Johor Dato' Ghani Othman adalah orang yang paling gembira sekali. Apa taknya, laporan audit berkaitan kejayaan Ghani mentadbir sekolah agama kerajaan Johor (SAKNJ) mendapat liputan oleh Malaysia Kini. Hebat tuuu.

Itulah dalam beberapa post aku sebelum ini ada mengatakan bahawa cukuplah Ghani menerajui Johor. Selagi Ghani sebagai MB dan selagi yang duduk sebagai EXCO cuma yang pandai mengangguk untuk Ghani, maka selama itulah Johor akan ditakuk lama.


Kalau nak bercerita bab SAKNJ ni, bukan sahaja masalah sekolahnya yang tak selesai-selesai, malah masalah perjawatannya juga tak selesai-selesai dan mungkin dah ramai guru-gurunya yang dah jemu mendengar pelbagai janji, malah ramai juga yang sanggup berpindah kerana janji-janji yang entah bila Ghani mampu tunaikan.

Cerita lebihpun tak guna. Cuma sebagaimana yang pernah juga aku tulis diblog ini, kalau Johor masih mahu menjadi kubu kuat UMNO dan BN, cuma satu sahaja syaratnya, Asal Bukan Ghani yang bakal menerajui Johor selepas PRU 13 ini dan perlu dinyatakan dengan jelas sebelum hari mengundi. Kalau dah hilang beberapa kerusi baru nak tukar, tak ada maknanya lagi.


1 comment:

Anonymous said...

Sekolah Cina & Tamil dpt juta2. Bangunan bertambah2, itu pun tuntut mcm2 lg. Dpt cheque berjuta, masuk Utusan. PM "iktiraf" sklh2 Cina (termasuk yg persendirian), masuk dlm Utusan.
Sekolah2 utk pendidikan Islam anak2 Melayu/ Islam?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI