TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, October 18, 2012

AES MURNI???

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata pemasangan AES adalah sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

Aduhhh....aku bila baca perkataan "hasrat murni" tu, termenung sekejap. Murni ke hasrat memasang AES tu? Aku lontarkan pertanyaan sebegitu kerana aku tak nampak kemurniannya dan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan kemalangan jalanraya melalui pemasangan kamera AES tu. Bagi aku, menghukum dengan mengenakan denda dan denda dan denda lagi, belum tentu dapat mengurangkan kadar kemalangan. Lebih-lebih lagi yang kurang ajar kat jalanraya, yang suka pandu laju, yang suka langgar lampu merah, yang suka memotong di garisan berkembar, adalah dari kalangan orang berduit yang tak heran dengan saman. Tetapi selalunya kerana sikap mereka ini, orang yang berhemah di jalanraya yang menerima akibat, kerana bila berlaku kemalangan, orang yang berduit ini tak le separah mana sebab kenderaan mereka canggih.

Kalau betul hasrat tu murni, kenapa mesti pakai kamera? Kenapa tidak di setiap lampu isyarat dipasang bonggol jalan tinggi ataupun palang lintasan sebagaimana di lintasan jalan keretapi? Mengapa tidak, kalau dah tahu sesuatu tempat itu tak boleh dipandu laju, juga dipasang dengan beberapa bonggol jalan untuk sesuatu jarak sehingga melepasi kawasan yang dikatakan merbahaya untuk dipandu laju?

Begitu juga dengan garisan berkembar. mengapa tidak garisan berkembar tu ditukar dengan pasu bunga ataupun pembahagi jalan seperti kon atau sebagainya. Sekiranya telah ada penghadang yang kekal, pasti mereka tidak boleh memotong. 

Kamera tidak memastikan pemandu mematuhi kehendak undang-undang jalanraya. Yang berduit, mereka tak kisah. Bagaimanapun kalau betul hasrat untuk mengurangkan kemalangan jalanraya itu murni melalui pematuhan undang-undang, rasanya dengan meletakkan perabut jalan serta objek-objek tertentu, pasti hasrat kerajaan itu akan dipandang lebih murni lagi kerana pemandu tiada pilihan untuk melanggar undang-undang dan menebusnya dengan saman.


3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

bagaimana yang memandu perlahan seperti sepasang kekasih yang sedang bercinta dalam kereta..macam mak bapak dia punya jalan hingga pemandu kenderaan lain 'naik darah'. sopankah mereka yang pandu perlahan ni?

Anonymous said...

BAGAIMANA DENGAN KENDERAAN YG BERDAFTAR LUAR NEGARA? JANGAN SAMPAI RAKYAT NEGARA LUAR SENYUM SINIS MENGEJEK.

KALAU SELAMA NI PUN KERAJAAN MASIH GAGAL MENUNTUT SAMAN DARI PEMANDU/KENDERAAN LUAR YG MELAKUKAN KESALAHAN DINEGARA NI USAHLAH DITAMBAH LAGI.

DIMALAYSIA NI BUKAN SETAKAT RAKYAT NEGARA NI SAJA YG MEMANDU,RAMAI SEDIA MAKLUM ADA PEMANDU NEGARA LUAR TU CUKUP PATUH UNDANG-UNDANG DINEGARANYA TETAPI BILA MEMANDU DIMALAYSIA LEBIH KURANG AJAR DARI PEMANDU NEGARA NI.


ADAKAH BAYARAN MASUK RM20,00 KEATAS SETIAP KERETA YG BERDAFTAR DILUAR NEGARA TELAH DILAKSANAKAN SPT YG TELAH DILULUSKAN PARLINENT?

Anonymous said...

salah jugak. buat apa semua salah. aku rasa jalan kat m'sia ni tak payah pakai apa-apa undang-undang la. lantak pi la pemandu malaysia nak bawak sepelan atau selaju mana. dah setiap satu benda yg gomen buat semua salah.


AES ni bagi aku cuma menggantikan anggota-anggota trafik PDRM shj. kalau manusia yg nak buat ops speed trap akan ada tempoh masa. diorg pun nak kena balik opis, balik umah dsb.

benda paling asas. paling pokok ialah sikap pemandu m'sia tu sendiri. kalu tak berubah, mmg sampai kiamat laaa semua benda camni kan dihampehkan.

mmg ada benarnya apa yg kawan aku cakap. Tun M susah payah lead negara ni tuk jadik negara maju. tapi kalu rakyatnya masih kekal dgn minda negara dunia ke-3 tarak guna beb semua tu


ARTIKEL HANGAT BULAN INI