
Namun begitu, sikap pemimpin baru juga perlu berubah. Kadang-kadang bekas-bekas pemimpin ini bukanlah mintak disanjung. Tetapi sebagai orang Melayu yang tinggi budi bahasanya, kalau ada program atau keramaian, janganlah sampai tak nampak dengan veteran-veteran ini. Kalau dulu sewaktu mereka berjawatan, kehadiran mereka disambut dengan kompang dan bunga manggar, janganlah pulak bila dah tak berjawatan, dibiarkan sahaja mereka melilau mencari-cari kerusi kosong untuk duduk bila adanya program. Tak salah, kita raikan mereka yang pernah menabur jasa.
Veteran ni bukannya merajuk atau tak mahu bersama. Kengkadang mereka malu dan sesetengahnya takut. Takut dituduh untuk merebut semula jawatan lamanya. Apa taknya, kengkadang kehadirannya dipandang dengan renungan yang curiga oleh orang baru.
Insyaallah, para veteran ni kebanyakkannya jiwa mereka dah sebati dengan perjuangan. Pandai-pandailah yang muda menghargai dan menggunakan segala pengalaman mereka. Ingat, walaupun pemikiran mereka pemikiran lama, tapi pada zaman mereka, walaupun sedikit susah dari segi wang ringgit, tapi kehidupan amatlah harmoni!
No comments:
Post a Comment