TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, December 6, 2012

HARAKAH ADA PENYAKIT

Akhbar lidah rasmi PAS, Harakah jelas berpenyakit. Mungkin sakitnya sama dengan sakit yang dialami oleh para pemimpin dan penganut PAS. Penyakit hati.

Kalau dengar kempen PAS, berdegar-degar mereka nak memerintah Malaysia. Namun demikian, bagaimana mungkin mereka mampu jadi pemerintah yang baik apabila mereka tak mampu untuk berbangga dengan apa jua kejayaan yang diterima oleh rakyat Malaysia?

Kejayaan Malaysia untuk menduduki ranking ke 54 Indeks Persepsi Rasuah dengan skor 49/100 dari kalangan 176 negara yang dicerap merupakan kejayaan negara, kejayaan rakyat Malaysia, bukan hanya kejayaan parti yang memerintah. Tanpa sokongan dan kerjasama rakyat dalam memerangi rasuah, tak mungkin kejayaan ini akan tercapai. Tetapi kenapa Harakah dan PAS tidak berbangga?

Dalam kesibukan akhbar lain berbangga dengan kejayaan Malaysia itu, Harakah langsung tak berbunyi tetapi sebaliknya mengeluarkan berita tentang Turki yang menduduki tempat yang sama dengan Malaysia iaitu kedudukan ke 54 dan dengan skor yang sama. Kenapa mesti berbangga dengan Turki? ...bukannya Malaysia?
  
  
Inilah penyakit hati yang paling merbahaya yang tak sepatutnya lahir dari diri yang mengakui warganegara. Sepatutnya kejayaan negara wajar diraikan dan dibanggakan bersama bukannya terus-terusan menganut politik bangkang yang "wajib bangkang" tanpa mengira samada ianya baik atau buruk. PAS wajib membersihkan hati penganutnya dari penyakit-penyakit hati yang membawa kerosakan.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI