TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, December 18, 2012

HARAP TS ISA JANGAN LAYAN


Dicanangkan oleh ANAK, bahawa pada 28 Disember ini mereka akan berkumpul seramai 30,000 orang di Pejabat Felda, Kuala Lumpur hanya untuk menyerahkan memorandum berkaitan kejatuhan saham Felda ke paras terendah, pemilikan saham Syarikat Genting Berhad dan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan nasib pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).


Apa yang seronoknya ialah, mereka berkata bahawa mereka tidak akan berganjak dari Pejabat Felda sekiranya TS Isa enggan menerima memorandum mereka dan berkampung di situ sehingga 12 Januari 2013 iaitu khabarnya akan berlangsung pula BERSIH 4.

Aku sangat berharap agar TS Isa mahupun wakilnya agar jangan peduli dengan pengacau-pengacau yang tak ada kerja ini dan jangan sesekali menerima memorandum yang akan mereka serahkan.

Sebabnya? Sebab aku nak tengok bagaimana 30,000 orang ni hidup selama 15 hari berkampung di perkarangan Pejabat Felda. Kalau mereka mampu hidup tanpa bekerja, kita cari siapa yang tanggung makan minum mereka, siapa yang tanggung pengangkutan mereka, siapa yang taja khemah mereka dan siapa yang bagi duit poket mereka. Kita tengok, bagaimana kelakuan mereka selama 15 hari itu. Bagaimana mereka bersuci, bagaimana mereka membuang hajat, bagaimana mereka beribadat. Kita cuba duga, sejauh mana gilanya mereka yang tak ada kerja ini.

Kalau 30,000 orang yang berkumpul, sekiranya makan ditanggung dengan purata RM20.00 sehari, banyak duit yang terlibat tu. Kira sahaja 30,000 X RM20 X 15 hari. Sekiranya tiada agenda yang lebih besar dan menguntungkan, pasti tiada siapa yang sanggup menaja perbelanjaan sebesar itu. Apa yang jelas, kumpulan ini hanya mahu memporak perandakan Felda, mengkucar-kacirkan perniagaan Felda yang selama ini telah membantu mengukuhkan ekonomi Melayu. Kita biarkan mereka dan jangan dilayan!


1 comment:

Unknown said...

kita tengok siapa yg kena!!!!!!!!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI