TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, December 12, 2012

MAZLAN TERMANGGU,SEKAMPONG TURUN DENGAR GAGASAN 1 MALAYSIA


Hebat...memang hebat orang kampong Mazlan Aliman. Sekampong berkumpul mendengar ceramah Gagasan 1 Malaysia yang disampaikan oleh Datuk Nasir Safar. Kehadiran semalam adalah lebih kurang 700 orang. Totok Bukit Ramun yang hadir. 

Aku kata hebat sebab iklan yang dibuat memanglah berkaitan dengan Gagasan 1 Malaysia. Inilah iklan di kain rentang, di flyer dan di FB. Hebatnya, anak-anak muda turut berminat dengan Gagasan 1 Malaysia ini. Ramai yang datang, walhal Datuk Nasir Safar bukanlah artis mahupun pelawak! Sampai akhir mereka menunggu, malah sama-sama berikrar akan menyokong kepimpinan BN dan memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti.


ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba yang turut berucap, mengingatkan hadirin bahawa segala kemakmuran dan keistimewaan yang dikecapi pada hari ini wajiblah dipertahankan dengan terus menyokong kerajaan BN. Apa yang dikecapi pada hari ini adalah hasil kebijaksanaan pimpinan BN. Ambil iktibar dari apa yang berlaku di negara-negara Islam di Timur Tengah yang akhirnya berterusan kacau bilau akibat perpecahan dan menggunakan saluran dan cara yang salah menjatuhkan kerajaan lama mereka. Mereka kini kehilangan nikmat sebagai bangsa merdeka dan negara berdaulat.

Datuk Nasir Safar yang teruja dengan kehadiran pada malam itu, menyelar Mazlan Aliman yang sentiasa mahu memporak perandakan masyarakat Felda. Beliau mengingatkan masyarakat Felda agar sentiasa berhati-hati dengan anasir-anasir yang mahu memecah belahkan keharmonian masyarakat mereka serta irihati dengan kekukuhan ekonomi yang mereka nikmati.

FGV merupakan usaha-usaha murni kerajaan yang ingin menjadikan masyarakat Felda menguasai perniagaan bertaraf global. Ia merupakan transformasi ekonomi berfikiran jauh yang mampu menaikkan taraf ekonomi warga Felda yang sentiasa dicemburui oleh orang lain, teutamanya bukan Melayu.
  

Namun begitu, penerangannya berkaitan konsep 1 Malaysia DS Najib, telah berjaya menaikkan semangat hadirin hingga hadirin yang duduk di tepi-tepi jalan, yang duduk di warong, yang sedang berinternet di cyber-cafe sanggup sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu 1 Malaysia dan Barisan Kita, malah sanggup bersama-sama berikrar mempertahankan serta memberikan sokongan yang berterusan kepada kerajaan BN pada PRU 13 nanti.

Akhirnya, Datuk Nasir Safar mengingatkan agar janganlah jadi manusia yang zalim. Menurutnya kerajaan BN tidak zalim, yang zalim itu ialah mereka yang tidak nampak akan kebaikan, tidak bersyukur dan tidak berterima kasih dengan apa yang telah mereka kecapi pada hari ini hasil dari pemerintahan BN.

Banyak program yang aku hadiri, aku rasa inilah program yang amat berjaya hingga mengujakan penceramah, Datuk Nasir Safar dan juga ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba sehinggakan selepas habis ceramah, mereka telah berjalan berkeliling kawasan ceramah beramah mesra terutamanya dengan anak-anak muda yang sungguh setia menunggu hingga akhir. Aku lihat ada kepuasan di wajah Datuk Dr Adham dan Hj Hazman Ismail, Ketua Seranta Wilayah JB yang menganjurkan program ini. Dengan sambutan dan suasana yang sebegitu, maka semakin kuatlah cabaran aku untuk Mazlan, KALAU HANDAL DAN BERANI, BERTANDINGLAH DI TENGGARA!

Gambar-gambar di sekitar program.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI