TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, December 22, 2012

MULUT CELUPAR


Mulut siapa ni? TS Muhyiddin kata, mulut ni celupar! Mulut ni kalau tak tunjukkan mukapun, orang dah kenal. Patutnya mulut ni lama dulu dah dicilikan.

TS Muhyiddin ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar berkata;
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," dan menurutnya lagi;
"Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas."

Apapun, aku sokong sangat kenyataan TS Muhyiddin tu. Sepatut-patutnya, seseorang yang dah digelarkan ulama' berhati-hati dalam membuat kenyataan, bukannya semberono hingga menimbulkan perpecahan dikalangan sesama penganut Islam. Atau mungkinkah Nik Ajis ni hanya layak untuk menjadi ulama' bagi PAS dan DAP sahaja?



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI