TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, January 27, 2013

STANDARD HADI AWANG MACAM BUSUT, DS NAJIB MACAM GUNUNG

  
Jauh lagi Hadi Awang nak kejar standard PM kita, DS Najib dalam bab hubungan antarabangsa dan juga memartabatkan Islam. Kalau nak banding, macam busut dengan gunung!

DS Najib ke Palestine berjumpa dengan PM Palestine, Ismail Haniyeh berbincang tentang nasib negara Palestine, nasib rakyat Palestine dan juga nasib Islam di Palestine. Mereka berbincang tentang bagaimana untuk menyatukan Palestine yang terpecah. Bagaimana untuk memungkin Hamas dan Fatah bersatu untuk sebuah Palestine yang kuat. Hebat DS Najib!

Tak tahan dengan kehebatan DS Najib di dunia Islam, Hadi Awang juga tak mahu ketinggalan. Masih tak mahu mengakui kalah. Masih nak tunjuk gedebe. Kalau DS Najib ke Gaza, Hadi juga nak ke Gaza. Hadi hantar wakil, harap-harap Ismail Haniyeh sudi jumpa dengannya. Hadi juga nak dunia tahu bahawa kononnya dia juga pejuang Islam peringkat antarabangsa sebagaimana DS Najib. Dia mahu lebih hebat dari DS Najib. Tapi kesian..... kenapa?
  
  
Kesian, sebab standard Hadi bukannya untuk membincangkan masalah ummah, tetapi hanya sekadar untuk sama-sama berjemaah solat di Masjidil Aqsa sahaja. Ya tak ya juga... kalau dah dia tukang pemecah belahkan umat Islam dan Melayu kat Malaysia ni, takkan nak Ismail Haniyeh nak ajak di bincang fasal ummah dan juga penyatuan Palestine?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI