TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, February 22, 2013

HANYA KALAU BN TERUS BERKUASA

   
Nampak macam mudah aje untuk meningkatkan jumlah orang kaya Malaysia hingga sekali ganda dalam masa cuma 2 tahun. Apa tidaknya, kalau difikirkan dengan kita yang makan gaji, dalam 2 tahun cuma 2 kali kenaikan gaji, cuma mewakili beberapa persen aje dari gaji asal.

Namun begitu, orang yang makan gaji, jangan harap nak dapat bergelar orang kaya, dapat bergelar orang senangpun cukuplah, bersyukur. Tapi bagi orang berniaga, semua ini tak mustahil dengan syarat kerajaan sedia ada iaitu kerajaan Barisan Nasional akan terus kekal berkuasa selepas PRU 13 ini.

Sebabnya, kekayaan melalui perniagaan ini memerlukan rakan dagang hingga peringkat antarabangsa dan kerajaan BN telah terbukti diterima baik oleh semua jenis kerajaan di dunia ini. Dasar kerajaan BN yang berada pada landasan yang betul, dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat perniagaan dunia, pasti memungkinkan pertambahan orang kaya ini.

Tapi kalau puak Pakatan yang perintah, jangan haraplah. Bukan kata naik sekali ganda, silap-silap yang ada akan cuma tinggal 10 persen aje. Puak-puak Pakatan ni bukan senang tengok rakyat senang dan kaya. Baru nak jadi senang aje, belumpun bergelar kaya, dah macam-macam tohmah dan fitnahnya. Nanti akan mulalah mereka merangka-rangka bagaimana nak hubungkan kekayaan tu dengan Yahudilah, dengan Amerikalah, dengan kronilah dan sebagainya.

Akal mereka penuh dengan rasa curiga mencurigai, langsung tak ada cara untuk memikir dan memandang dari sudut yang positif. Apapun, melihat kepada beberapa perkembangan politik akhir-akhir ini, aku yakin Malaysia memang mampu meningkatkan lagi jumlah orang kayanya kerana aku dah semacam yakin bahawa puak Pakatan akan ke parit pada PRU 13 ini. Aminnn!!! 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI