TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, February 23, 2013

KENAPA GELANG PATAH?

   
Soalan yang aku kemukakan ini nampak macam tak ada apa-apa sahaja. Tapi cuba anda para pengundi memikirkannya semasak-masaknya. Kenapa Jui Meng berebut mahukan kerusi Parlimen Gelang Patah?

Rekod politik Jui Meng menunjukkan bahawa dia pernah menjadi ahli Parlimen Bakri selama 22 tahun iaitu semenjak 1986 hingga 2008 apabila digugurkan oleh BN. Kenapa Jui Meng tak rebut kerusi Bakri?

Kalaulah seseorang itu benar-benar berkhidmat kepada kawasannya selama 22 tahun, bukan kata orang tua, budak-budak sekolahpun tak payah tengok muka, dengar suara aje dah tahu bahawa itu suara pemimpin mereka.

Dengan berebut untuk bertanding kawasan lain setelah meninggalkan MCA dan BN, sebenarnya MCA dan pimpinan BN lebih kenal Jui Meng dari Pakatan Rakyat. Sebenarnya, sekiranya Jui Meng betul-betul berkhidmat kepada rakyatnya di Bakri, setelah terkeluar dari senarai calun MCA, dia tak perlu masuk parti lain. Kalau dia benar-benar cemerlang dengan pengundinya, boleh sahaja dia bertanding sebagai calun bebas di Parlimen Bakri. Kenapa dia tak berani?

Berdasarkan kajian terkini yang menunjukkan bahawa pengundi Parlimen Bakri bakal menolak calun DAP dan menerima semula mana-mana calun MCA yang akan bertanding, inilah peluang Jui Meng untuk membuktikan bahawa dia sememangnya pemimpin yang kuat bekerja untuk Parlimen Bakri suatu ketika dahulu dengan merebut kerusi Bakri, bukannya lari ke Gelang Patah. Ada berani???


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI