
Lebih malang lagi, apabila kredibiliti Jui Meng turut dipersoalkan dengan kata-kata Karpal ini; “Penglibatan lama bersama MCA dan Barisan Nasional, kegagalan cubaan dalam perebutan jawatan presiden MCA pada 2004 dan keghairahan untuk mendapat kerusi Parlimen secara jelas mencerminkan masalah kredibilitinya.”
Ini baru nak rebut kerusi mana untuk bertanding, yang belum tahu lagi menang atau kalah. Bagaimana agaknya perangai pemimpin-pemimpin Pakatan ini kalau dah menang dan berkuasa berebut pulak untuk jawatan-jawatan Menteri dan sebagainya? Akhirnya rakyat juga yang akan menderita kalau memilih puak Pakatan ini kerana pemimpin-pemimpinnya sentiasa curiga mencurigai, berhasad dengki dan gelojoh berebut tempat dan pangkat. Ini baru cerita Jui Meng di Johor, nanti akan timbul pulak cerita Kadiaq di Kedah, cerita Tamrin di Melaka dan pelbagai lagi.
Apapun, eloknya bukan sahaja Karpal yang sedar, tetapi diharapkan agar para pengundi juga akan sedar bahawa mana-mana pemimpin "bekas UMNO" dan "bekas BN" sememangnya menghadapi masalah kredibiliti, termasuk Nuar Berahim yang mereka puja-puja tu!
No comments:
Post a Comment