TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, March 7, 2013

APA KEJADAHNYA?

  
Apa kejadahnya Parti Sosialis Malaysia Sg Siput (PSM) mengadakan Program Candle Light bagi memperingati kematian Hugo Rafael Chavez Presiden Venezuela pada 6 Mac 2013 jam 9.30-10.00 malam bertempat di hadapan pejabat PSM Taman Okid Sg Siput (U)? Jumlah peserta lebih kurang 40 orang. Turut hadir YB Dr. Micheal Jeyakumar Ahli Parlimen Sg Siput.

Aktiviti candle light sempena memperingati kematian Hugo Rafael Chavez seorang pemimpin revolusioner berfahaman sosialisme. Ideologi sosialis PSM ini secara terang-terangan ditunjukkan kepada umum yang PSM mengagungkan pemimpin berfahaman sosialis/komunis tanpa memikirkan sensitiviti orang ramai yang sedang bersedih dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu yang mengorbankan 8 pegawai polis.

Apa sumbangan Hugo Chavev kepada kita tu berbanding dengan  nasib 8 orang anggota PDRM yang terkorban mempertahankan negara yang langsung tidak diingati oleh PSM?

Dengan acara ini, PSM yang sebantal dengan DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat telah menunjukkan belang sebenar mereka. Oleh itu, berhati-hatilah wahai rakyat Malaysia ketika mengundi nanti....


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI