TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, March 6, 2013

PAS SERONOK, CINA KOTA TINGGI MASUK DAP

  
Bukan main seronok lagi PAS bila Cina Kota Tinggi yang kabarnya berjumlah 400 orang telah menyerahkan borang masuk DAP. Tergugatkah calon BN dalam PRU 13 nanti?
  
  
Ha...ha...ha..., sikitpun tak jadi kudis buat BN. Apa tidaknya, ini semua adalah muka-muka yang memang tak pernah memangkah BN pada pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Bezanya cuma, kalau dulu mereka ini adalah musang berbulu ayam, kali ini mereka dah buang bulu ayam dan jadi musang sejati. Ini lagi bagus, sebab senang untuk dikenali.

Bercakap tentang 400 orang Cina Kota Tinggi, ia bukanlah suatu angka yang besar memandangkan Cina Kota Tinggi itu sendiri terbahagi kepada 2 parlimen iaitu Tenggara dan Kota Tinggi. Aku kata tak jadi kudis sebabnya ialah lihat sahaja program yang cuma diperingkat DUN Pasir Raja dalam parlimen Tenggara sahaja, bagaimana sambutan masyarakat Cina dengan YB Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba dari UMNO. Untuk pengetahuan, program ini yang diadakan di Sanggar Kota, Kota Tinggi, 95% hadirin adalah masyarakat Tionghua dan dua majlis ini kalau tak silap hanya berselang sehari sahaja. So... buat orang PAS, lu pikir la sendiri!!!
   


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI