TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, March 5, 2013

APA MUSLIHAT PAS?

  
Sekali imbas, mungkin tiada apa-apa yang tidak kena dengan tiang-tiang bendera yang terletak di perkarangan Kompleks PAS Kedah ini. Namun, sekiranya anda seorang yang teliti, ada sesuatu yang disengajakan telah dilakukan oleh PAS yang membawa maksud yang tersirat.

Kalau diperhatikan, tiang bendera tengah yang paling besar itu, mungkin mewakili bendera negara iaitu Malaysia dan di kiri dan kanan tiang besar itu terdapat tujuh tiang di setiap sisinya menjadikan jumlahnya empatbelas yang menyamai dengan empatbelas jalur pada bendera Malaysia yang menunjukkan terdapat tigabelas negeri (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Serawak) dan sebuah Wilayah Persekutuan (merangkumi 3 bahagian iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Setiap satu dari empatbelas pecahan pentadbiran ini mempunyai benderanya yang tersendiri dan inilah yang dilambangkan dengan empatbelas tiang tersebut. Tetapi... mengapakah satu tiang sengaja dibiarkan kosong tanpa bendera oleh PAS? Mahal sangatkah bendera PAS untuk memenuhkan tiang yang kosong itu walhal di Malaysia ini, bendera PAS lebih banyak dari sejadah? Apakah maksud tersirat PAS mengosongkan tiang tersebut dari memiliki bendera? ....atau PAS memang dah bercita-cita sekiranya menang pilihanraya dan menguasai Putrajaya, akan ada satu bahagian pentadbiran yang akan dijual dan dilupuskan? 
  


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI