TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, March 5, 2013

PAKATAN JOHOR MABUK AIR MINERAL

   
Minum air mineral berbotol-botolpun boleh mabuk tau! Inilah yang terjadi kepada pemimpin Pakatan Rakyat Johor. Penentuan kerusipun masih lagi berebut sesama mereka, dalam kepala dah berangan-angan tentang jawatan Menteri Besar. Masing-masing dah mabuk kuasa dan jawatan.
   
   
Entah apa temberang mereka kepada para pengundi DUN Bukit Permai dan Parlimen Kulai, akupun tak tahu. Agaknya siapalah yang mereka janjikan sebagai bakal Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan menang PRU 13 nanti. 

Program mencanang tentang siapa bakal MB Johor ni ialah program bersama PAS dan DAP dengan mengenepikan PKR. Apakah mereka menamakan Din Pudu atau Mazlan Aliman dari PAS? Atau mungkin juga mereka bersetuju Dr Boo dari DAP sebagai MB Johor nanti?

Apapun, aku percaya, program ini merupakan susulan dari pergeseran antara Dr Boo dengan Jui Meng soal kerusi Gelang Patah. Itu sebabnya dalam membicarakan soal MB Johor di depan pengundi ini, wakil PKR tidak dijemput. Mungkinkah nanti pemimpin PKR juga akan membicarakan soal siapa yang bakal jadi MB Johor ini sekiranya Pakatan memenangi PRU 13? ....tidak mustahil sekiranya ayat di kain rentang PKR ini diambil kira.
  
  
Diharapkan agar pengundi PAS memikirkan sewajar-wajarnya ketika mengundi nanti kerana nampaknya para pemimpin PAS lebih cenderung untuk bekerjasama dengan DAP yang menentang hudud dan negara Islam berbanding dengan PKR yang mempunyai ketua umum yang penuh dengan kontroversi moral.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI