TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, March 2, 2013

ASET PENTING PAKATAN RAKYAT

   
Korang tau tak, apa dia aset penting bagi Pakatan Rakyat untuk menuju Putrajaya? Kalau menurut kacamata Nuar Berahim, aset paling penting bagi Pakatan Rakyat ialah orang tua yang kaki tidur yang gambarnya di atas ni.
  
   
Korang jangan pandang remeh dengan aset penting Pakatan Rakyat ni. Nuar Berahim dah fikir panjang sebelum menamakan aset penting ini. Apa tidaknya, Nuar Berahim tahu, bukan senang nak kuasai Putrajaya. Untuk kuasai Putrajaya, Pakatan Rakyat mesti mempunyai seseorang yang berupaya untuk memecahkan orang Melayu. Pakatan Rakyat mesti mempunyai seseorang yang bijak untuk menggunakan agama Islam sebagai alat untuk memecah belahkan Melayu. Untuk menguasai Putrajaya, Pakatan Rakyat mesti mempunyai seseorang yang boleh dipercayai ungkapannya sebagai pemimpin Islam untuk bertolak ansur tentang penggunaan kalimah Allah. Untuk menguasai Putrajaya, Pakatan Rakyat perlu mempunyai seseorang yang mampu meyakinkan bukan Islam bahawa sekiranya mereka menguasai Putrajaya, mereka akan melaksanakan negara berkebajikan, bukannya negara Islam. Maka, siapa yang mampu melakukannya? ...tentulah Pok Nik!!!

Pok Nik mampu melakukan semua itu. Maka itulah, Nuar Berahim nampak bahawa Pok Nik sememangnya aset paling penting dan berharga buat Pakatan Rakyat. Eloklah kita semua sama-sama berfikir agar aset penting Pakatan Rakyat ini tidak akan mengganggu gugat aset dan kepentingan kita sebagai orang Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini hanya kerana nafsu untuk kuasai Putrajaya.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI