TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, March 2, 2013

SAMPAI HATI... MAZLAN! MAZLAN!!!

   
Sebentar tadi aku terbaca status FB Mazlan Aliman. Malam ni dia tengah bakar kambing dan ayam. Perghhh...tentu hebat. Pasti bau dan asapnya penuh menyelubungi Felda Bukit Ramun.

Sebab nak tahu meriah atau tidaknya majlis Mazlan ni, aku telefon le sahabat yang tinggal di Felda Bukit Ramun. Terperanjat aku! ...lepas seorang, seorang lagi yang aku telefon, semuanya tak tahu Mazlan bakar kambing dan ayam. 

Untuk membenarkan apa yang aku tanya, seorang sahabat meronda le ke arah rumah Mazlan. Betul katanya, ada bakar kambing dan ayam. Tapi katanya, ada le sekitar 20 buah kereta yang kesemuanya bukan milik orang Bukit Ramun. Rupanya Mazlan buat kenduri tak jemput jiran dan orang kampung.

Sampai hati si Mazlan ni. Duduk kat Bukit Ramun, tapi langsung tak tahu erti bermasyarakat dengan penduduk sekampung. Patut le dia ni kalau nak bertandingpun, pergi cari tempat yang jauh dari kampung sendiri. Rupanya di kampung sendiri, dah macam kera sumbang.

Orang lain sibuk berpolitik sebab nak tolong masyarakat setempat, nak tolong orang kampung, tapi si Mazlan ni pelik sikit, dia berpolitik untuk tolong orang yang dia tak kenal, nak tolong orang jauh. Ko orang tau tak apa sebabnya? Sebabnya di Felda Bukit Ramun, mahupun DUN Pasir Raja ataupun Parlimen Tenggara, tiada apa celanya untuk Mazlan kempenkan yang membolehkan dia menang pilihanraya dan bergelar YB. Felda Bukit Ramun, DUN Pasir Raja dan Parlimen Tenggara telah dijaga dengan sempurnanya oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tuuu sebabnya Mazlan Aliman lari berpolitik kat luar kampung!


1 comment:

usin said...

kera sumbang tu sama ke dgn babi tunggal? sekadar bertanya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI