Kalau dah sumber dalaman DAP yang mengatakan bahawa Kit Siang akan melarikan diri dari Ipoh Timor, Perak ke Gelang Patah, Johor, ini maknanya Jui Meng akan disuntut disiang hari oleh Kit Siang. Mampukah Jui Meng menentang nafsu serakah Kit Siang? Nampaknya akan berkuburlah cita-cita Jui Meng untuk bertanding di Gelang Patah. Dah terlanjur sedemikian, beranikah pulak si Jui Meng ni untuk bertanding di Bakri yang kononnya dia dah banyak tabur bakti?
Kenapa Kit Siang mesti lari meninggalkan Ipoh Timor? Tak lain tak bukan sebab dalam masa 5 tahun yang lepas, wakil rakyat-wakil rakyat puak Pakatan ni bukannya bekerja. Mereka hanya sibuk ke hulu- ke hilir mencari salah kerajaan yang memerintah. Dalam 5 tahun tu, berapa hari aje mereka dengan pengundi mereka? Selebihnya mereka menjelajah Malaysia mengalahkan menteri. Kalau menteri jelajah Malaysia tabur projek, mereka jelajah Malaysia tabur fitnah. Itu yang mereka sekarang dah takut untuk bertanding mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada PRU12 dulu.
Kit Siang bukannya orang baru dalam politik. Dia sudah cukup matang dan cukup 'masak' untuk mencongak nasibnya. Dia tahu, kalau dia bertanding di Ipoh Timur, dia pasti kecundang dek rekod perkhidmatannya yang gagal. Dia hanya boleh bersandarkan kepada cakap-cakap kosong yang mengujakan kepada pengundi yang tak kenal dengannya. Maka bermodalkan cakap-cakap kosong itulah, dia ingin mengumpan di Johor pulak. Tak tau le kalau orang Johorpun mahu dibodohkan oleh Kit Siang ni dengan memilihnya pada PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment