Tetiba aja orang PAS meraikan pandangan pihak polis. Sejak bila dia orang ni boleh ikut cakap polis?
Nak berceramah kat tempat yang selesa, janganlah nak ambik mudah aje dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada hasil dari perjuangan orang-orang UMNO yang dah engkau kutuk? Hasil dari sumbangan Felda yang dah engkau caci? Engkau tak tahu malu ke?
Nak selesa, pergi le cari dan sewa dewan-dewan persidangan persendirian yang bersepah kat kawasan Kulai tu. Nak lagi grand, sewa le bilik bersidang kat hotel. Jangan kacau tempat yang wujud hasil dari perjuangan orang-orang yang dah engkau kutuk dan hina.
Apapun, aku nak tengok apa keputusan JKKK Felda Bukit Besar. Dari apa yang aku tahu, JKKK Felda Bukit Besar ni cengis dan bengis sikit. Kalau anak buah sewa dewan, terlambat kemas sikitpun dah marah. Lagipun apa nak diberikan keistimewaan pada Mazlan dan polis pencen yang masa kerja dulu, semuanya betul, cuma bila dah pencen aje serba jadi tak betul, sebab dia orang bukannya akan bertanding di Parlimen Tenggara mahupun DUN Pasir Raja.
Dan lagi, pertanyaan juga buat Mazlan, kenapa tak nak sewa Dewan Semaibakti di Felda Bukit Ramun? Tu kan ke kampung ko sendiri, lagipun cuma setakat 5 km aje dari Felda Bukit Besar. Jumpa le dengan Tok Lan, Ketua Kampung Felda Bukit Ramun. Pandai ko ya Lan.... kampung orang nak ko huru-harakan, di kampung sendiri engkau menikus!
No comments:
Post a Comment