YDP PAS Tenggara yang juga Presiden ANAK, Mazlan Aliman rupanya penakut. Apa tidaknya, dia tak bertanding di Tenggara sebaliknya menamakan pesara Felda yang belum kering lagi cap jarinya sebagai ahli PAS, Mohd Said Jonit sebagai calon parlimen Tenggara. Said Jonit ni khabarnya orang Simpang Renggam.
Manakala bagi kerusi DUN Pasir Raja pula, Mazlan juga lari dengan menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini adalah anak kepada peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO! Kira ok le juga sebab anak tempatan.
Pelik juga, kenapa lari dari kampung sendiri. Lebih-lebih lagi kalau dia bertanding parlimen Tenggara mungkin ada kelebihan sebab dalam parlimen Tenggara ada 7 Felda! ...dan dalam DUN Pasir Raja sahaja ada 4 Felda!
Menamakan Said Jonit, bekas CEO Felda Plantation sebagai calon parlimen Tenggara hanya menyebabkan kemarahan kepada warga Felda. Sebabnya, menurut warga Felda, semasa zaman Said Jonit inilah banyak kebun tanam semula yang gagal diuruskan dengan baik oleh Felda Plantation hingga menyusahkan warga Felda. Mohd Said nak salahkan siapa? Kalau dah dia ketuanya, takkan nak salahkan UMNO?
Bab DUN Pasir Raja ni, kalau setakat Nazari le yang bertanding, confirm hilang wang pertaruhan. Apa tidaknya, sejak Nazari balik kampung, bukan kata orang kampung biasa, Ketua AMK Johor, Zabidi Abas yang juga anak jati Felda Bukit Besar terus menjauhkan diri dari politik Tenggara ini. Agaknya malas nak layan "timing tuan"nya itu yang masih tak sedar diri bahawa dia dah jadi orang awam, bukannya tuan dalam askar lagi.
Sahhhh..... calon BN akan menang lebih besar lagi kali ini di Tenggara. Insyaallah! Jom... UNDILAH CALON BN.
No comments:
Post a Comment