TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 14, 2013

SEGAMAT HATI-HATI, KULAI DAH DAPAT MALAPETAKA


Dengar khabarnya, orang Segamat akan mengundang Nik Ajis berceramah pada malam ini. Hati-hati!!! Semalam Kulai dahpun mengundangnya bersama-sama dengan Kit Siang untuk menjual temberang di Bandar Indahpura. Akibatnya... elok sahaja selepas subuh, hujan turun dengan lebatnya dan disertai dengan ribut.

Habis jejak najis Nik Ajis dibersihkan dek air hujan. Di Kulai khabarnya banyak pokok tumbang. Malah, malapetaka di Kulai turut terkena tempiasnya kepada orang Tenggara. Di DUN Pasir Raja sahaja, hampir 30 buah rumah terkena ribut. Semuanya dalam kawasan Felda.

Namun sehingga artikel ini ditulis, apa yang aku tahu, Presiden ANAK yang mengundang Nik Ajis belumpun menjengok lagi nasib warga Felda ini, malahan calon-calon PAS yang sudah dinamakan akan bertanding di parlimen Tenggara dan DUN Pasir Raja juga tidak kelihatan. Yang nampak awal-awal pagi lagi sudah menziarah keluarga yang ditimpa ribut ini ialah cuma bekas ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba! Wa cayalah sama Dr Adham, walaupun dah bubar DUN, masih lagi ingat pengundinya.

Di bawah ini adalah sebahagian gambar-gambar yang dapat dikongsikan hasil "berkat" buah tangan Nik Ajis datang ke Kulai. 
     


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI