TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Friday, May 10, 2013

KHALED MB JOHOR - MAMPUKAH BN JOHOR SEKUAT DAHULU?


PRU dah lepas. Johor bakal mendapat seorang Menteri Besar yang baru. Yang heboh diperkatakan sekarang ialah bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bakal mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Hj Ghani Othman.

Mampukah Khaled memperkukuhkan semula Barisan Nasional Johor untuk menghadapi PRU 14 nanti? Mampukah Khaled memujuk pengundi Cina untuk bersama semula dengan Barisan Nasional? Mampukah Khaled untuk memadam marah Melayu terhadap pemodal Cina di zaman Ghani? 

Ini kerana kalau mengambil kira kata-kata Ghani sewaktu marahnya memuncak terhadap Khaled ekoran penutupan Bilik Gerakan BN di Pasir Gudang kerana masalah tanah setinggan, bunyilah seolah-olah, kalau Ghani 3 pupu dengan Lim Kang Ho, Khaled pulak sepupu!
   
    
Belumpun Khaled mengangkat sumpah sebagai MB Johor yang baru, telah keluar kata-kata sinis tentang kemampuan Khaled untuk menerajui Johor. Apakah Johor nanti tidak akan menerima nasib sebagaimana IPT yang diterajui oleh Khaled sebelum ini? Apakah akan ada kebangkitan rakyat Johor sebagaimana kebangkitan pelajar ketika Khaled di KPT? Apakah nanti exco-exco Khaled akan mengamalkan "politik baru" sebagaimana timbalannya ketika di KPT? Malah dah ada kedengaran, kalau silap percaturannya, pada PRU 13, pengundi Cina Johor menolak BN tetapi pada PRU 14 nanti akan lebih parah lagi kerana Melayu pulak yang bakal menghukum BN kerana silap catur kepimpinan! Macam-macam.....


4 comments:

kluangman said...

khalid nordin seorang yg cool, kurang kontroversi, tak Ada statement politik, excel ketika pegang timbalan kerja raya Dan menteri usahawan pembangunan koperasi.

Tapi bab projek dia tak cool juga, diam2 sapuuu...tapi tak makan sorang2, anak buah dibela.

Masa pegang ipt - dia lose control, timbalan dia baik tocang

Anak didik musa hitam, tak belaga angin dng muhyiddin, lepas musahitam cabut, khaled tak bertuan tapi favour pada anwar dan paklah. Tak tau setakat mana hubungannya dng mahathir.

Kesimpulannya khaled berkemampuan, johor boleh berbangga punya mb mcm khaled, bagi peluang sepenggal dua.

Anonymous said...

Aku yakin lepas PRU13 ni, Najib dah brainwash setiap menteri besar, dan bakal menteri kabinet untuk kasi ajar sama cina2 cibai!!!!!!

Anonymous said...

dh ada kuasa mcm2 leh jd der!ckp depan lain,belakang lain dbuatnye..BATU PAHAT TU CONTOH terbaik...x pasl kalah sbb org dh amat meluat dgn mp sndiri.ckp selau x cerdik.suka sibuk hal dlm kain org lain.tmpt sndiri haram x amik tau!

Anonymous said...

Kpd penyokong BN,bg peluang Khaled Nordin memerintah n kita beri sokongan padu agar Johor terus mnjd tiang seri UMNO pd PRU14..Insyaallah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI