TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, May 4, 2013

PENGUNDI HANTU... BENAR ATAU TIDAK?

     
Betul ke ada pengundi hantu? Yang sibuk mencanang kononnya ada pengundi hantu ni ialah dari Pakatan Rakyat. Samada benar atau tidak adanya pengundi hantu ni, aku tak dapat nak pastikan.

Namun begitu, aku hampir pasti akan ada yang jadi hantu untuk mengundi. Gambar di atas, aku dapat dari FB DAP Gelang Patah. Apek yang menyandang begitu banyak bendera yang mewakili Pakatan Rakyat itu bukannya diambil di Johor Bahru ataupun Pulau Pinang, tetapi diambil di lapangan terbang Taipei!

Secara logiknya, Taipei dan Malaysia bukanlah satu tempat yang dekat dan bukannya cukup dengan belanja seratus dua untuk terbang ke Malaysia hanya untuk membuang satu undi. Melihat kepada jumlah bendera yang dibawa, apek ini mungkin mempunyai rombongan untuk ke Malaysia dan membuang undi.

Persoalannya, apakah akal waras kita dapat menerima betapa begitu beria mereka yang tinggal diluar negara bermodal hanya untuk memenangkan seorang calun pilihanraya yang kemudiannya tidakpun memberikan apa-apa perkhidmatan kepada mereka di Taipei? 

Maka, kalau bukannya perkhidmatan wakil rakyat itu yang ingin diharapkan, apakah matlamat mereka? Hal inilah yang perlu direnungkan oleh Melayu-Melayu yang bakal mengundi esok. Mereka pulang ke Malaysia hanya untuk memenangkan DAP dan seterusnya menguasai kuasa politik Malaysia agar segala cita-cita politik dan agenda DAP terhadap Melayu dan Islam akan tercapai.

Ingat, jangan cuba-cuba. Jangan nanti kita disumpah dek anak cucu. Jangan sampai tercandu dek janji-janji DAP dan sekutunya. Jangan sampai anak cucu kita seperti pendatang di bumi yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Sama-samalah kita, esok keluar awal-awal, dengan tekad SOKONG NAJIB, UNDI BN demi agama, bangsa dan negara yang bakal kita wariskan kepada anak cucu.


2 comments:

Anonymous said...

apa yg bro merepek ni? xde isu lain ke bro..

Anonymous said...

Memang ada pengundi hantu,yang mana yang telah tercebur dalam sekendal sex mereka menafikan itu mereka,jadi siapa lagi jika bukan hantu.rupa sama dalam viedo akan muncul ditempat mengundi,tak kah hantu?.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI