TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, June 20, 2013

BUBAR SAHAJA MCA JOHOR

     
Mendengar berita keahlian Datuk Tee Siew Kiong dalam MCA digantung selama tiga tahun kerana menerima perlantikan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan Negeri Johor, seolah-olah MCA tidak mengiktiraf dan menghormati titah DYMM Tuanku Sultan Johor.

Walhal perkara ini telah dijelaskan oleh Datuk Tee bahawa dia bukanlah meminta jawatan Exco tersebut tetapi menerimanya atas dasar patuh kepada titah DYMM Sultan Johor.

Sekiranya MCA sudah tidak mahu menghormati institusi Raja di Johor ini, eloklah bubarkan sahaja segala cawangan dan bahagian MCA di negeri Johor. Wujudnya entiti politik MCA di Johorpun pada ketika ini tidak menyumbang apa-apa dalam pembentukan kerajaan BN Negeri Johor jika diukur dari segi sokongan masyarakat Cina kepada calon BN.

Sepatutnya dalam hal sebegini, kepimpinan MCA perlu  bersyukur dan berterima kasih atas perkenan DYMM Sultan yang masih lagi mahu suara masyarakat Cina diwakili diperingkat kerajaan. Sewajarnya Datuk Tee yang masih mendapat perkenan DYMM Sultan bukanlah dihukum dengan sebegitu rupa tetapi kepimpinan MCA perlu melihat bahawa penolakan masyarakat Cina yang semakin menjadi-jadi terhadap MCA adalah tidak lain hanya kerana sikap bongkak dan bodoh sombong Soi Lek selaku Presiden MCA.

Sekali lagi, sekiranya MCA tidak dapat menghormati titah DYMM Sultan, eloklah MCA nyah keluar dari bumi Johor ini. Berpolitiklah di mana sahaja asalkan bukan Johor. Mungkin ada parti lain yang mampu mewakili masyarakat Cina Johor!


3 comments:

usin said...

mca wajar dibubarkan atau anggap sahaja telah bubar. no fungsi sebagai parti dalam jentera bn. wujud mca hanya sebagai 'dummy' cina kononnya masih ada yg setia dgn bn. tipu semuanya!!! mca adalah dap dalam bn!!!!

Anonymous said...

Masakini MCA sudah tak relevan dan kurang wibawa dan tak berfungs.

MCA bukan patut dibubarkan diJohor malah seluruh Malaysia. Elok kiranya MCA bergabong dgn DAP. Begitu juga Gerakan.

Pembubaran dua parti tesebut, senang dan pantas UMNO/BN mengambil keputusan/dasar yg sepatutnya lama dilaksanakan untuk kita semua.

tobeng said...

Ya eloklah MCA berambus saja dari negeri Johor khasnya dan Malaysia amnya.Soi lek porno saja nak tunjuk lagak dengan sultan,nak tunjuk power.MCA dengan dap sama saja.Mana dia ahli mca yg beratus ribu kononnya tu?Semuanya mengundi dap masa pru12.

Kalau mca ada sifat hormat pada sultan,apa salahnya beralah atas sebab titah perintah sultan?Ini tidak,lagi nak berlumba2 tunjuk jaguh dengan saudara dap lahanat diorang yg mengejek2 adun johor tu sebab 'takut' dengan sultan Melayu.Ini memang sifat kurang ajar
cina yg tak boleh kita maafkan.

Mca tak payah berlakon dan hipokrit,ada baiknya keluar saja dari bn supaya kita senang kenal yg mana satu kawan yg mana satu musuh.Ada tak menambah,tak ada pun tak berkurang!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI