TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, June 11, 2013

KERANA TWEET, WANITA DIPENJARA 11 TAHUN


Alangkah bagusnya kalau ianya berlaku di Malaysia. 11 tahun masuk dalam sangkar. Terus senyap tak bertweet!

Inilah yang berlaku di Kuwait apabila seorang guru wanita menggunakan akaun tweeternya untuk bertweet menghina Emir Kuwait dan menggalakkan agar Sheikh Sabah Al Ahmad Al Sabah digulingkan. Akibatnya beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun!!!
     
        
Agaknya bila pula undang-undang di Malaysia ini akan bertegas terhadap individu-individu yang menghina Raja-Raja Melayu, YDP Agong dan juga Agama Islam melalui akaun FB, Tweeter dan juga Blog akan menerima nasib yang sama seperti guru wanita di Kuwait itu? Kita perlukan ketegasan pelaksanaan undang-undang untuk terus menjamin agar keamanan yang dikecapi pada hari ini akan terus dapat dinikmati oleh anak cucu kita dan tidak sewenang-wenang dihasut dengan sifat kebencian melalui media sosial oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI