TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, June 19, 2013

PECACAI PKR MASUK PAS

    
Kalau tak kerana nak menambah fakta yang tak ditulis dalam FB Mazlan Aliman, aku malas nak tulis artikel ini. Sebabnya ialah si Jumaat Sarju ni semasa dalam Pemuda UMNO dulu bukannya menyumbang sangat. Yang dia pandai hanya mengendeng projek untuk cita-citanya nak jadi kaya raya. Bila gagal dan tak dipedulikan, dia lari. Apa?... dia ingat UMNO tempat untuk jadi kaya raya ke?

Fakta yang nak aku tambah di sini ialah kenapa Mazlan Aliman hanya menceritakan tentang jawatan dan penglibatan Jumaat dalam UMNO sebelum si Jumaat ni menyerahkan borang keahlian PAS? 

Kenapa Mazlan Aliman tak ceritakan bahawa pada hari penamaan calon PRU ke 13 yang lalu (20 April 2013), si Jumaat inilah yang menjadi pecacai PKR mengiringi calon PKR, Mohd Annuar Salleh ke pusat penamaan calon untuk menentang calon PAS, Azlisham Azhar di DUN Panti/Tenggara?

Hehehe.... ambik ko Lan. Inilah yang bakal jadi duri dalam daging untuk ko hadapi dalam PAS Tenggara nanti. Dia gagal dalam UMNO, dia lari jadi pecacai PKR. Tak nampak laluan, dia masuk PAS. Nampaknya PAS Tenggara selepas ni tak sempat nak jenguk Sabtu sebab hari-hari Jumaat aje! Apapun, tahniah le buat PAS Tenggara sebab sanggup ambik si Jumaat ni.


3 comments:

Anonymous said...

Ramai yang menunggu giliran Husam menyerah borang masuk PKR. Boleh bertanding untung tumbangkan Azmin Ali.

Anonymous said...

ROSAK LA PAS DOK AMIK ORG PKR... TUJUAN HANYA NAK JATUHKAN ULAMA' JER....

Anonymous said...

Tahniah Pas...Selamat mendukung biawak hidup lak !

~~ EX PKR 2012 ~~

ARTIKEL HANGAT BULAN INI