Korang pernah ingat tak wayang bini Guan Eng sebelum PRU13 yang lepas? Nyonya ni sanggup botak kepala sebagai sokongan terhadap politik lakinya yang kononnya berhadapan dengan masalah politik wang.
Tapi apa masalahnya politik wang dengan rambut kat atas kepala? Ia hanyalah sebagai taktik menarik simpati pengundi atas pagar untuk menunjukkan betapa seriusnya tuduhan mereka. Tukang kempen DAP menggunakan sepenuhnya gambar bini Guan Eng botak ini untuk meraih simpati pengundi terutamanya pengundi Cina. Mereka berjaya!
Itu kesungguhannya bini Guan Eng. Bagaimana pulak dengan DS Rosmah Mansur? Apakah kesungguhannya untuk menunjukkan bahawa DS Najib sememangnya serius untuk membela dan bersama-sama dengan orang Islam dan Melayu? Dikala bukan sahaja orang PAS malahan dikalangan orang UMNO sendiri ramai yang meluat dengan fesyen-fesyen rambutnya itu, dikala kedai-kedai menjual tudung tumbuh bagai cendawan yang menunjukkan trend dan tuntutan bertudung semakin kuat di kalangan orang Islam dan Melayu, berat sangatkah untuk DS Rosmah buat satu tranformasi diri untuk membantu karier politik lakinya? Bukankah DS Najib itu "Bapa Transformasi"?
No comments:
Post a Comment