TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, July 21, 2013

PRK KUALA BESUT - BOB LOKMAN SETARAF NIK AZIZ

    
PRK Kuala Besut dah naikkan taraf Bob Lokman untuk setaraf dengan Nik Aziz. Pengikut PAS dah cium tangan Bob. Tak lama lagi Bob pasti akan digelar Mursyidul!!!

Bob Lokman telah hadir untuk membantu kempen calun PAS di Pentas Markaz Gerakan UPU Kg. Baharu, Kuala Besut. Kehadirannya boleh tahan juga le. Boleh geger calun BN kalau tak tahu apa yang tersirat disebalik sebegitu ramai yang hadir.

Rupanya orang yang hadir sebegitu ramai, bukannya nak tengok Bob Lokman atau nak dengar sangat ceramah politik PAS. Tetapi kini PAS juga dah pandai bagi gula-gula kat rakyat dan dah pandai buat cabutan bertuah! 
      
    
Tak tau le, samada PAS buat cabutan bertuah tu pakai nombor bertuah ke atau nama bertuah? Dan tak le pulak diberitahu samada tiket nombor atau nama bertuah tu percuma atau kena bayar.

PAS dah banyak duit wooo sekarang! Maklum le calunpun bukan calang-calang orang - kontraktor kelas A! Dah ada cabutan bertuah, ada lagi makan besar... hebat! (lagi gambar). Apapun bak sepatah kata orang PAS, PAS bagi ambik, undi bagi kat BN.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI